Sunday, November 22, 2009

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009

TARIKH : 16 NOVEMBER 2009
MASA : 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
DIRASMIKAN OLEH : DATO T.RAJAGOPALU (KETUA PERHUBUNGAN MIC NSDK),(PENGERUSI MIC NSDK)

SEKALUNG BUDI
-YBhg.DATO T.RAJAGOPALU
-PENGARAH PELAJARAN NSDK
-TN.S.MATHAVAN
-PENGURUS LADANG KOMBOK
-PENGURUS LADANG ULU KANCHONG
-AJK PIBG
-IBUBAPA
-PARA PENDERMA
-GURU-GURU
-KAKITANGAN
-BEKAS PELAJAR

KAMI WARGA SEKOLAH DAB PIBG MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009 INI.















Tuesday, October 27, 2009

MOTTO SEKOLAH

RAJIN USAHA JAYA

Rajin adalah sikap positif yang perlu ada pada setiap individu, setiap individu mempunyai wawasan dalam kehidupan. Untuk berjaya dan memenuhi sesuatu wawasan, setiap individu perlulah rajin berusaha. Setiap individu yang rajin berusaha pasti akan mencapai kejayaan. Inilah motto yang perlu diikuti oleh setiap murid.

MISI

Misi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
-Mengurus perkhidmatan pendidikan berkesan dan berkualiti bagi melahirkan insane cemerlang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Misi Sekolah

-Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

VISI

Visi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
-Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Institusi Pendidikan Terbilang.

Visi Sekolah
-Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

KOMPOSISI GURU

LAGU SEKOLAH

Kami bangga belajar di sini
SJK (T) Kombok
Menambahkan pengetahuan
Ilmu pengalaman…..

Berdikari berdedikasi
Dalam Pelajaran
Ibubapa serta Guru
Membimbing serta menyumbang

Harapan kami berkekalan
Semoga berjaya cekap dalam pelajaran
Untuk kemajuan

DATA MURID

SENARAI NAMA GURU BESAR

1.EN.V.RATNAM (1947-JUN 1954)
2.EN.M.SINNADURAI (1954-1979)
3.EN.S.VADIVELOO (1980-MAC 1984)
4.EN.P.RAMALINGAM (1984-NOV 1987)
5.PN.DHANAM (1987-OGOS 2003)
6.EN.S.SUBRAMANIAM (2003-OGOS 2006)
7.EN.O.NAGARATNAM (2006-DIS 2008)
8.DATIN S.LEELAVATHY (2009-KINI)

LATAR BELAKANG SEKOLAH/ MAKLUMAT ASAS/ SEJARAH

SJK(T) Ladang Kombok terletak di Jalan Rantau, 20km dari bandar Seremban dan 5km dari pekan Rantau. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1947 dibawah pimpinan En.Ratnam sebagai Guru Besar.

Bangunan asal sekolah ini terletak di sebelah padang permainan bertentangan bangunan sekarang. Pada masa itu, ia hanya merupakan sebuah garaj(tempat letak lori). Kemudian ia telah diubahsuai menjadi sekolah. En.Ratnam menguruskan sekolah seorang diri dengan 18 orang murid.

En.Sinnadurai yang menggantikan En.Ratnam mulai tahun 1954 telah berusaha mendirikan sebuah bangunan tambahan pada tahun 1975. Bangunan tambahan ini terdiri daripada dua buah bilik darjah.

En.S.Vadiveloo menggantikan En.Sinnadurai mulai tahun 1980 dan diikuti oleh En.P.Ramalingam dari tahun 1984 hinggan November 1987.

Selepas itu, tugasnya telah diambil oleh Pn.Dhanam. Selepas itu dengan banyak percubaan kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan untuk membina 3 buah kelas, sebuah pejabat dan tandas. Memandangkan tiada tempat untuk mendirikan bangunan tambahan ditempat asal, pihak sekolah bersama PIBG mengambil keputusan untuk mendirikan bangunan baru di tempat lain. Pihak sekolah berjaya mendapat sebidang tanah daripada pihak pengurus ladang.

Pihak sekolah bersama PIBG telah bertungkus mencari wang tambahan dan berjaya mendirikan satu bangunan sekolah yang terdiri daripada 6 buah bilik darjah, bilik sumber dan tandas dengan kos RM108,000.00. Bangunan baru mula beroperasi pada 11 Februari 1993.

Pn.Dhanam telah bertugas di sekolah dari November 1987 hingga 30 Ogos 2003. En.S.Subramaniam telah mengambil alih tugas mulai 01 November 2003. Beliau juga telah banyak perubahan dari segi fizikal dan akademik. Dibawah pimpinan beliau sekolah ini telah mencatat keputusan UPSR 56% pada tahun 2004 setelah beberapa tahun berada dalam SPR. Beliau bertugas mulai 01 November 2003 hingga 15 Ogos 2006.

Selepas itu, En.O.Nagaratnam menganbil alih dan kini diambil alih pula oleh Datin S.Leelavathy.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN

SJK(T) Ladang Kombok adalah sekolah luar bandar dan terletak di Ladang Kombok. Muridnya seramai 110 orang dan bilangan guru pula adalah seramai 14 orang. Walaupun sekolah ini banyak kekurangan dari segi fizikal namun prestasi pencapaian UPSR boleh memuaskan.

Pada tahun 2008 seramai 21 orang murid menduduki peperiksaan UPSR dan peratus kelulusan adalah 52%. Mata pelajaran Bahasa Tamil(pemahaman) , Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mendapat 100% kelulusan. Bahasa Tamil(penulisan) dan Bahasa Malaysia(pemahaman) mendapat kelulusan 95%. Hanya Bahasa Malaysia(penulisan) mendapat 57%.

Selain dari itu pencapaian murid-murid dalam pepriksaan akhir tahun juga agak memuaskan kecuali murid-murid galus masih menghadapi masalah.

Maka pihak sekolah dan guru-guru telah membuat perancangan untuk menghadapi masalah ini di masa akan datang.