Tuesday, October 27, 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH/ MAKLUMAT ASAS/ SEJARAH

SJK(T) Ladang Kombok terletak di Jalan Rantau, 20km dari bandar Seremban dan 5km dari pekan Rantau. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1947 dibawah pimpinan En.Ratnam sebagai Guru Besar.

Bangunan asal sekolah ini terletak di sebelah padang permainan bertentangan bangunan sekarang. Pada masa itu, ia hanya merupakan sebuah garaj(tempat letak lori). Kemudian ia telah diubahsuai menjadi sekolah. En.Ratnam menguruskan sekolah seorang diri dengan 18 orang murid.

En.Sinnadurai yang menggantikan En.Ratnam mulai tahun 1954 telah berusaha mendirikan sebuah bangunan tambahan pada tahun 1975. Bangunan tambahan ini terdiri daripada dua buah bilik darjah.

En.S.Vadiveloo menggantikan En.Sinnadurai mulai tahun 1980 dan diikuti oleh En.P.Ramalingam dari tahun 1984 hinggan November 1987.

Selepas itu, tugasnya telah diambil oleh Pn.Dhanam. Selepas itu dengan banyak percubaan kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan untuk membina 3 buah kelas, sebuah pejabat dan tandas. Memandangkan tiada tempat untuk mendirikan bangunan tambahan ditempat asal, pihak sekolah bersama PIBG mengambil keputusan untuk mendirikan bangunan baru di tempat lain. Pihak sekolah berjaya mendapat sebidang tanah daripada pihak pengurus ladang.

Pihak sekolah bersama PIBG telah bertungkus mencari wang tambahan dan berjaya mendirikan satu bangunan sekolah yang terdiri daripada 6 buah bilik darjah, bilik sumber dan tandas dengan kos RM108,000.00. Bangunan baru mula beroperasi pada 11 Februari 1993.

Pn.Dhanam telah bertugas di sekolah dari November 1987 hingga 30 Ogos 2003. En.S.Subramaniam telah mengambil alih tugas mulai 01 November 2003. Beliau juga telah banyak perubahan dari segi fizikal dan akademik. Dibawah pimpinan beliau sekolah ini telah mencatat keputusan UPSR 56% pada tahun 2004 setelah beberapa tahun berada dalam SPR. Beliau bertugas mulai 01 November 2003 hingga 15 Ogos 2006.

Selepas itu, En.O.Nagaratnam menganbil alih dan kini diambil alih pula oleh Datin S.Leelavathy.

No comments:

Post a Comment